Thursday, November 25, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA !



actually rini aku xde wat ape2 sbb almost seme citer kt HBO utk bln november aku dah tgk 2 kali at least...ahaksss...betol2 tahap addicted morphines HBO...its not TV ok..its HBO..ngeeeeeeeee....
so merayap2 mcm lipas g dok blogwalk dari satu blog ke satu blog ke satu blog especially blog2 depa yg tglkan tapak kt shoutbox aku n yg terlist kt tepi dinding aku ni...pastu g ke blog enchik BEN pastu nampak le enchik ben ni wat segmen ni pastu trus nk join lak pastu ni la entry ntah hape2 ni...

kalo korang nk tau cara terperinci nk join segmen ni...sile klik ni ye...SAYA SUKA BLOG AWAK LAH! ...


skang ni aku kene senaraikan 5 blog yg aku ske semestinyer blog kwn2 and sedara mara aku yg sewaktu dgn aku yang jrg update blog pastu blog jd bersawang yg ade cume x sampai seploh hengget dlm akaun nuff dia yg kunun nk jd kaye ngn blogging tp maleh tahap mentibang laut nk g pomot blog or nk tglkan jejak bile g blogwalk (bc dgn satu nafas)...


calon2 nyer adalah...


2. RAIFANA : rakan sekerja gak n ske blog dia sbb kisah2 chenta dia actually mengingatkan aku ttg cabaran aku cintancintun ngn hubby dulu...wuiiyooo!!!!

3. LIZERD  : ni kwn lama sejak zaman2 mesra2 kt jiwang.org lg.la ni dah x aktif situ sbb trase diri dah tua lak bile msk situ.aku ske blog dia sbb kdg2 dia ske melukis pastu dia tarok lukisan yg dia lukis tu kt blog dia so aku kene bebaik ngn dia ni mn le tau sok2 dia jd pelukis terkenal bleh le aku tumpang glamer t.

4. ITS MY RAINBOW : oh ni blog anak sedara n nape aku ske blog dia sbb aku saje jek nk jd spy karat..ahaks...bdk2 skang ni bleh tau ape yg dia buat tru blog entry jek..especially yg unspoken one..

5. LEEZA CAKE HOUSE : ni bkn sedara mara or rakan sekerja pun..tp ske sesgt g blog dia especially time trase nk mkn something sweet.walaupun x penah pun order dr kak leeza..heeee...ntah bile nk sempat order..

6. ZURAIDIN : rakan sekerja gaks n aku ske bc blog dia walaupun dia update blog dia tahap sethn sekali kot?err..nape ek aku ske blog dia?maybe sbb aku mmg ske nyibuk kt blog kwn2 kot..ahaks..tlg upkan trafik..


errrrrrr..... bleh tarok lebih ke enchek ben??kang ramai lak yg kecik ati kang!!! adoss....

ok..nk tglkan link kt blog2 atas tu...errrr..... saya dah menepati syarat2 ke enchek ben??

x hagak2 nak melawak...yg terkejut tu pun tahap panik yg melampau!!!



haaaaaa...sbb tu la aku x bg anak2 aku main terkejot2 kan org ni!!! isk..isk..sadis..

gILEr puNyer mLs mEnGaraNG!!!!

hey peeps!!! tu la...dah aku kate jgn tego time aku rajin wat entry ritu...hahahha...pastu trus dekat seblnan blog ni terperap...ahakss... bkn kate xde ape nk tulis..ade...bleh jek aku ngomel psl ape mende pun..tp...mslhnyer...aku mls!!! ok lah..aku update ringkas jek mende2 yg berlaku sejak aku menyepikan diri ni..hek hek...


1. musim kemarau... batu pahat dah lama x hujan..gile pns... dah le aku ni spisis yg khatulistiwa..mn bleh duk kt tpt yg terlalu sejuk (t aku selsema n demam) or terlalu pns (t aku demam gak)... so tu slh satu sbb yg menyebabkan aku maleh nk update blog...errr...bleh trime ke alasan ni?

siyes mcm bapok!!!! wakakakka...

2. cuti aku dah start sejak 29 oktober ritu...pastu aku melahu jek kt umah jd bibik cum supir (bkn tapir ye) pd anak2 n suami... tu jek la keje aku... still maleh gak nk update blog... exam cume 24hb november jek..tu pun aku bc ms 2 hari sblom exam..hahahha....walaubagaimanapun aku harap dpt A+ ye utk subjek SMD aku tu..chaiyokk!!!


3. berangan nk siapkan files translation konon..tp aku x buat pun..aku asik layan HBO jek..ahakss...xtau lah nape dr dulu aku mmg addicted betol ngn TV ni...aiseyyy....


4. oh ya...keputusan UPSR kak long... ok la..dia sgt frust..tp xpe la... tu yg terbaik ALLAH bg utk dia..apepun.... blom ade sesape dlm famili yg beat achievement aku... hak hak... ibu still the most intelligent being dlm famili ni...heksss.... tp nampak gayanyer bakal di cabar oleh kak ngah...hurmm..we'll see...


5. since deepavali aritu...EN DELL kemarok ngn activity memancing..so weekend kene ikot dia g mancing..sampai kiteorg seme boring dah..n xmo ikot dah..pastu soh dia pegi sendrik dia xnak plak..pastu majok pastu seme org kene gak bgn pepagi n ikot ayah g mancing pastu seme org mcm alamakkkk xnak ikot ayahhhhh!!!!!tolong ibu tolong cari alasan supaya kami x kene ikot ayah...ahakss....
ok...fev 5 hobby skang ni...selain dr tgk TV ialah...tidoooooooooooooo...zzzzzzzzzzz.........

Tuesday, November 9, 2010

Muke kite sama x bang?

Last two weeks... jln2 kt psr tani..ternampak makcik n pakcik ni..sesama membeli ikan... romantiknyer rs bile pakcik tu tlg angkatkan plastik ikan after makcik tu byr...

bile tgk muke depa..ehhhhhhhhh....seiras betol..mcm adik badik!!! sbb tu jodoh pjg kot?? makcik n pakcik tu mmg nampak dah berusia...maybe dlm 60 plus kot..


pastu tingat nenek n atuk wahahhaha...ni sbb depa ni lgiiiiiiiiii le dah tua...depa ni sellau berdua g sarapan kt timah sari..kalo x caya tanye geng2 kolej yyg selalu mkn bfast kt timahs ari...dua nenek n atuk ni mmg sellau bersarapan bersama...maybe trus g timah sari after solat subuh kot...rupe depa berdua pun mcm sama..x mcm suami istri..tp more mcm adik badik...


pastu...aku trus kol En Dell...
Aku: Bang...muke kite sama x?
En Dell: Isk..mn bleh sama...kite bkn adik badik...
Aku: Tapi org kate kalo rupe suami istri serupa jodoh kekal sampai akhir hayat...
En Dell: hurrmm..kalo gitu ayg kene hitamkan kulit...bior serupa mcm abg..tp abgdah x bleh dah nk putihkan kulit mcm ayang...

(cessssssssss...ni yg maleh ni...dia ni mmg ske sesgt ngajuk aku..org tgh siyes ni..)

Aku: Abg ni...org ckp siyes ni...
En Dell: Dah2...jgn nk ngarut..arini msk2 besh...dah abg nk keje ni...daaa....


wahahahha...itu lah aku n En Dell...malas kan nk layan kalo dpt bini mcm aku????


p/s:rupe aku ngn En Dell mmg mcm langit ngn bumi... langsung x sama!!!

Monday, November 8, 2010

Gambaran Hari Qiamat




Gambaran Hari Qiamat di cedok dr FB http://www.facebook.com/pages/Islam-Itu-Agamaku/151038798271591

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi



WALLAHUA'LAM

Saturday, November 6, 2010

Insurans or Simpanan?

Aku percaya ramaiiiiiiii lagi di kalangan kite yg blom ade insurans kan? x kira la..insurans nyawa ke or insurans education ke etc..tp boleh kate semua org ade insurans kete or mtotor kan?hahhaha...yg tu wajib..kalo xde kene saman!

on the other hand, i believe semua dah ade akaun simpanan..walaupun ade RM10 jek dlm tu...betol x?so entry kali ni aku nk bg personal view skit psl insurans n simpanan ni... mai2 bc..

bg aku insurans tu penting..insurans nyawa or education..penting....sbb..insurans nyawa skang dah bleh pilih combination of insurans n saving...iyelah..walaupun saving punyer portion maybe x brape byk..tp still..if nothing happens to us by the time insurans tu mature..kite dpt part of our money gak...ape yg penting ttg insurans ni... kalo beli insurans..stop thinking about nk dpt dividen byk etc...kalo nk dpt dividen byk...baik beli ASB or Public Mutual.. tp bile kite decide nk amik insurans..kite kene pikirkan... ape akan berlaku pd waris2 kite bile kite tibe2 dijemput ALLAH? or bile tetibe strok menyerang..or bile tetibe kite di diagnose ade kanser..nauzubillah...mmg kite mengharapkan kesihtan yg optimum..tp who knows kan? so amik insurans...supaya ia tidak membebankan penjga or waris2 kite...pentingggggggg.....


nape education insurans penting...hah..ni org2 melayu especially kene aware...jgn asik nk harap duit loan PTPTN or MARA or JPA or scholarship KPM wutever...mak ayah generasi baru ni kene la tau...bile negara semakin maju..kite kene aware yg education would be very2 costly..so bersiaplah dgn simpanan utk education..ok..maybe korang kate...utk education baik trus wat saving dr amik insurans kan? nape nk amik insurans...simple..sbb education insurans juga cover penyakit2 or health conditions si anak...so xyah le amikkan personal insurans utk dia...


so itu lah beberapa point yg korang kene tau nape insurans tu penting...ade byk pilihan di psrn..just pick ur choice..x perlu amik memhl... cukup lah kalo kite tau...ade yg bleh cover sedikit kos pembedahan ke..or wutever...


p/s: aku rs elok lah kalo gomen wajibkan health insurans dr insurans kenderaan tu kan??

i Had a Crush...

Igt x first crush korang? first crush tau bukan first love...hahahha....aku igt lg...first crush aku ms sekolah rendah lagi...wahahha... i had a crush pd ketua darjah aku! wakakka...igt lg ms tu aku darjah 3..ske dowhhh ngn bdk lelaki ni....ahaks...rs mcm berkalibernyerrrrrrrrrrr dia ni..hahahha (ntah ms tu aku pun xtau makne berkaliber..)... next..aku crush lak ngn ketua pengawas aku...ms tu aku darjah 6 okayyyyyyyyyy.... aku rs seme prg akan crush ngn ketua pengawas sekolah kan? hahahha.... tp semua crush2 ni aku simpan jek jauh di lubuk ati..x penah pun aku sorekan kt depa2 ni...wakakkaka...kire2 syok sendrik la ni kan? hek hek hek...


pastu bile masuk sekolah menengah aku penah tercrush ngn abg kwn aku ni...kwn sekelas aku..nama dia Abdul Halim Bin Deran..nama abg dia aku xtau...n aku pun xtau nape aku ske or tercursh ngn abg dia..walhal rambut abg dia tu agak ala2 alleycats n style rambut dia agak senget dlm 40% ke barat...wahahha..ntah..mungkin aku ske dia sbb dia putih n tingggggggggggiiiiiiiiii kot?tu pun minat dr kejauhan jek..x brani woooooooooo.....


pastu ade tercrush lak ngn sorang bdk form 5 ni..ms tu aku form 4..dia form 5..nama dia AZMAN..err...x igt nama pak dia...ni semua gara2 ZALINA AZMAN yg popular kt TV3 ms tu...wakakka...so kalo combinekn nama aku ngn dia kn jd nama selebriti tv3 gitu...tp bdk azman ni selow n pemalu...baru hangat2 nk kapel ngn aku..dah kene sound ngn cikgu disiplin...ekekek..cikgu sound dia  xbg kapel2 sebb ms tu dia nk SPM..lg plak...aku ni kirenyer pelajar pandai kt sekolah tu..so xnak le kapel2 ni akn menyebbkn pelajaran aku merosot...wakakka...so azman ni pun menjauhkan diri dr aku...after dia SPM..kiteorg trus lost kontek dah...

bile aku form 5...aku xde pakwe...bosan dowhh xde pakwe ms tu...hahhahaha...iye la..kwn2 duk la citer psl pakwe dia gitu gini..cesss sungguh aku tahap mendgr jek...ahahhaha....ok le tu...bkn ape..aku ni x ske lelaki cari aku..bkn nk kate xde boy yg ske kt aku ni..eceeeeeeeeeeeehhhhhhhh...tp mmg aku spisis x ske kt org lelaki yg ngurat aku...hahahha...ntah..aku ske bile aku ske dia n dia ske aku...tp kene aku ske dia dulu...hahahha..ape aku ckp ni...ntah sukar lak nk gambarkan ape yg aku nak ni...


ok..pastu xde pakwe sampaiiiiiiiiiiiii la aku dah nk SPM..baru le jumpe sorang makhluk ALLAH ni...errrrrrr....x jumpe pun actually....cume dgr jek sore dia...heeee...pastu tetibe hati berdetup detap..jeng jeng..ok tu dah bkn episod crush ok....tu dah msuk episod jatuh chentaaaaaa.....miahahha...t lain kali aku story..tggu permintaan la...ehek2..


ape point aku ni??? point dia simple jek.... aku terdgr anak2 dara aku berdua tu sdg bersembng sesama depa ttg boy at school...hurrrrrmmmm dpt menguping gak le seskit citer... dlm hati kate..dah besar dah anak2 dara En Dell ni.... hak hak hak..x sangka hidup dah sampai tahap ni kan?ALHAMDULILLAH....

Friday, November 5, 2010

Tarikh Keputusan UPSR 2010 : 11 Nov 2010 | AkU dAn SeSuAtU...

Tarikh Keputusan UPSR 2010 : 11 Nov 2010 | AkU dAn SeSuAtU...: "- Sent using Google Toolbar"

test...

entry ni cume bertujuan nk test jek..mcm mn nk wat post yg berjadual tu...heee....nk tgk dia appear betol ikot ms n tarikh yg ditetapkan...tq...

Jual Bayi or Buang Bayi??

Aku rase isu ni mmg xkan basi2..sbb...mmg setiap hari ade kisah psl manusia buang bayi sana sini... dah mcm2 gomen wat usaha banteras gejala sosial ni... dah x bleh nk banteras maksiat dah..napsu napsi ni mende yg subjektif...aku x salahkan gomen... ntah dah x tau nk salahkan sape dah dlm hal ni... bg aku...aku doakan utk diri aku n anak2 serta generasi aku dilindungi dr gejala ni...mintak2 dijauhkan lah..nauzubillah....

ade plak citer kdg kala kite dgr psl manusai yg sanggup jual anak sendrik sebb dah x mampu nk sara...jual anak dpt duit n bdk tu pun maybe dpt famili yg lebih baik kot... ntah le..tu nasib la kalo dia x jual kt sindiket yg gune bby utk cari sedekah ke hape kan?

so kembali pd persoalan aku td... mn better??? dr segi morality nyer aku rs dedua x elok...tp dr segi lain plak??? maruah?ekonomi maybe?personality? which is better?


JUAL OR BUANG???

mY OLD Skool Mate!

Thanks to Mark Zuekerberg for inventing FB..korang tau..aritu ms awal aku join FB..aku jumpe kwn2 sekolah menengah aku pun aku dah sronok tahap high!! ni plak bile yesterday i met with my friends dr sekolah rendah!!!

mcm nk mengalir airmata kooooooo!!!! geng2 SEKOLAH KEBANGSAAN TEBRAU BAKAR BATU! x sangka plak depa bleh identify muke aku yek!!!
pic ms darjah 4B
amazing betol depa bleh cam aku! really2 amazing! sbb aku ni mmg ade rosak skit ingtan aku psl cam2 muke org ni..heksss....(mmg x layak jd saksi ni!)..cube korang cari aku yg mn satu dlm pic tu?? heeeeeeeeeee............. sembang2 ngn nor n zam n asmah n faiz... tingat zaman2 kiterog perform kt school stage ms PIBG... tetibe aroma fresh baked bread dr kilang roti seblh sekolah aku tu menerpa dlm brain aku ni...huuuuuuuuuuu.....very long time ago... the time when my heart was so broken n fragile(remember my story about my childhood) ...but still thanks to MRS YEO our English teacher..who really2 made my day...(next time aku nk wat entry psl MRS YO ni)..


actually i was quite active tau ms sekolah rendah dulu...nor n asmah were my closest frens..we are the brilliants ones!hahahah...mrs yeo ske pilih kiteorg sbb kiteorgnyer english power... ahakss....aku pun xtau dr mn dtgnyer power english aku.. sbb xde sesape yg ajar aku..mak angkat aku n adik badik angkat aku seme x reti speak english!mcm out of the blue jek! even though my family background is somewhat broken during that time..still i manage to become intelligent n normal at school... so one one is asking where i came from since they will be focusing on my inteeligence kan?? hekssssssss.... that was the plan back then!


so..mengimbas kembli those days...aku tersgt active berdrama anjuran MRS YEO yakni cikgu BI aku yg tersgt berkaliber...dia ske pilih aku bkn setakat English aku power..tp sbb my Chinese look face...heeeeeeeee....pastu asik kene jd bdk cine yg chomelll jek...ehek2..
rambut aku pjg n lurus tegak mcm cine zaman2 tu la..MRS yeo akan ikatkan rambut aku n put the bulu2 tu hah...on my hair..cute betol! selain dr tu..aku aktive gak sports...


nor n me were active in netball n volleyball...kiteorg wakil sekolah tau!sampai g tournament kt kota tinggi nun..sronok la ms tu..sbb dpt naik bas!! hahahha...first time naik bas sekolah dowh ms tu!

then i was elected to be the ketua rumah kuning...dulu umah kuning nama dia TOPAZ..igt lagi...but before that..aku ahli umah DELIMA (merah) ..ntah mcm mn cikgu tarik jd ketua umah Topaz lak...n thn tu gak umah topaz jd juara of the champions!!! heeeeee.... i was also the atlit u know..just name it..ape? acara balapan?lompat jauh?lompat tinggi? semua ade nama aku tau!!! hahahhaa....nice kan?


 x sangka kan sejauh ni aku dah meneroka kehidupan!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger